Proses Penghasilan Garam Buluh

Assalamualaikum...

Hari ini tergerak hati pulak nak tulis entry tentang bagaimana Garam Buluh itu dihasilkan. Since that our Set Kurus includes Garam Buluh Drink dan Mineral Coffee yang terkandung Garam Buluh didalamnya. Selain itu ramai juga yang nak tahu apa yang menyebabkan Garam Buluh ini lebih baik dari garam biasa. Penatkan nak jawab satu-satu so this is serba sedikit maklumat tentang Garam Buluh.



Proses penghasilan Garam Buluh Hai-O

Garam Buluh Hai-O dihasilkan dengan menggunakan garam laut yang dikumpulkan dari Pantai Barat Korea yang bebas daripada unsur tercemar. Garam tersebut diletakkan di dalam buluh yang berusia 3 tahun untuk memastikan keberkesanan kandungan efektifnya. Buluh ditutup dengan tanah liat yang diperoleh dari kedalaman 20m dan kemudian dimasukkan ke dalam relau bagas dan dibakar dengan menggunakan pokok pine  pada suhu antara 900-1300 darjah celsius. Proses ini dijalankan sehingga buluh dibakar menjadi abu dan garam berbentuk ketulan. Pada pembakaran kali ke 9 suhunya meningkat melebihi 1300-1500 darjah celsius. Turpentin dan intipati buluh akan bersatu ke dalam garam buluh dan terbentuklah ketulan kristal.Setelah proses pembakaran, unsur-unsur toksin dan logam berat dalam garam akan dineutralkan atau disingkirkan. Pada masa yang sama, garam buluh tersebut turut menyerap semua elemen mikro daripada pokok pine dan buluh (mengandungi lebih daripada 200 jenis elemen mikro yang diperlukan oleh badan manusia) dan seterusnya menambahkan ion-ion logam bukan organik yang penting untuk badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, tembaga, besi, zink dan sebagainya. Keseluruhan proses penghasilan garam buluh ini mengambil masa lebih 60 hari.


Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan Garam Buluh

* Garam laut semulajadi yang bebas daripada unsur pencemaran yang dikumpul dari Pantai
    Barat Korea.
* Buluh dari Gunung Jirisan yang berumur 3 tahun kaya dengan kandungan sulfur.
* Tanah liat dari banjaran yang bebas daripada pencemaran.
* Dibakar dengan menggunakan pokok pine Korea yang semulajadi.



Sekarang dah tahu bagaimana Garam Buluh itu terhasil harap uolls lebih faham kenapa Garam Buluh ini sangat bagus untuk kesihatan seharian kita. Hope this entry helps to answer most of your question. Thanks for reading.

Loves,
Faeza Zainudin









Comments

Popular Posts