Tip Pengambilan Kalori Mudah - Part 2

Assalamualaikum...

As I promise last entry this time sambungan lagi 12 tip kalori mudah again credit to Kevin Zahri .Uolls dah ready? Jom baca..

14.Milo atau 100 Plus Baik Untuk Anda?
Tujuan utama minuman sukan ialah : membekalkan tenaga
kepada badan – melalui glukos (gula). Tapi jika matlamat anda
adalah untuk mengurangkan berat badan, minuman sukan
bukanlah yang piliahn terbaik. Kurangkan pengambilan gula dari
minuman sukan ini dan tambah pengambilan air kosong untuk
keperluan badan anda. Langkah ini boleh menjimatkan kira-kira
60 kalori untuk setiap sesi.

15.Roti Canai Separuh
Roti canai merupakan makanan kegemaran semua. Tapi
sekeping roti canai mengandungi 300 kalori dan kebiasaanya
diambil 2 biji sekali makan. Jika ia satu kemestian bagi anda,
cuba ambil sahaja (atau tidak langsung). Gantikan selebihnya
dengan hidangan yang lebih baik seperti dada ayam atau telur
yang tinggi nilai protinnya. Anda boleh jimat kira-kira 300 kalori
untuk setiap hidangan.

16.Teh Tarik Separuh Gelas
Seperti tip #3 atau #15, aplikasikan cara yang sama untuk teh
tarik. Satu gelas teh tarik mengandungi 80 kalori. Minum separuh
gelas dan pesan satu gelas air kosong untuk hilangkan
dahaga. Boleh bantu anda menjimatkan kira-kira 40 kalori setiap
hidangan.

17.Jangan Tambah Saiz Hidangan McD
Makanan segera selalunya tidak baik untuk kesihatan… tetapi
pada zaman sekarang ia seolah-olah satu keperluan pada kita,
termasuk saya. Tapi anda tidak perlulah pesan hidangan yang
besar walaupun hanya beza harga yang sedikit. Hidangan yang
besar akan menambahkan kalori kepada hidangan anda (dari
gula minuman dan kentang). Anda tidak perlukan semua itu!

18.Hati-Hati Dengan Buah-Buahan
Kebaikan buahan ialah mengandungi mineral, vitamin dan serat.
Perlu diingat bahawa pengambilan buah-buahan secara berlebhan
adalah tidak baik. Gula yang terdapat dalam buah juga
boleh menambahkan berat badan anda seperti yang lain. Sebagai
contoh, sebiji epal adalah baik untuk anda, tapi 4-5 biji epal
sehari pula terlalu banyak. Sebiji epal mengandungi 70 kalori.

19.Cukuplah Dua Biji Donat
Bagi kunjungan anda seterusnya ke kedai donat pilihan, tanya
diri anda adakah perlukan separuh dozen donat seperti yang biasa
dilakukan. 2 biji donat sudah memadai. Secara amnya sebiji
donat mengandungi 200 kalori, jadi dengan mengambil 2 biji
donat dari 6 biji pada kebiasaanya, anda mampu menjimatkan
kira-kira 800 kalori.

20.Sediakan Snek Sihat Di Pejabat
Kesalahan yang selalu kita lakukan dipejabat ialah menikmati
snek secara berlebihan. Pilihan kita pula biasanya terdiri dari
coklat, kacang, kerepek dan banyak lagi. Kadangkala, cuba gantikannya
dengan snek yang sihat seperti “meal replacement bar”
atau bar protin yang lebih seimbang. Anda boleh menjimatkan
kira-kira 100 kalori setiap hidangan

21.Sederhana Nikmati Kurma
Di Malaysia, kurma adalah tradisi yang dinikmati semua, terutamanya
menjelang Ramadhan. Sememangnya kurma mempunyai
rasa yang enak tetapi manisan yang terdapat dalam kurma juga
datang dari gula. Memang banyak. Sebiji kurma mengandungi
25 kalori. Kawal nafsu anda dan jangan melebihi 2 biji kurma
setiap hidangan.

22.Pilih Susu Soya Tanpa Gula
Soya merupakan sumber protin yang baik tetapi adalah terlalu
sukar untuk mendapat soya tanpa gula yang sudah dipek.
Jika boleh, dapatkan soya tanpa gula dan dengan cara ini anda
mampu untuk kurangkan kira-kira 20gram atau 80 kalori.

23.Kurangkan Keju
Salah satu produk tenusu yang disukai ramai ialah keju. Keju
mengandungi kalori yang agak tinggi dan kaya dengan kandungan
lemak. Kurangkan pengambilan keju bila anda sediakan
roti, pizza, pasta atau apa sahaja hidangan anda. Pengurangan
ini mampu menjimatkan kira-kira 75 kalori (bersamaan 28 gram
keju)

24.Pilih Makanan Panggang Atau Kukus
Dalam tip #5 kita bincang tentang dada ayam. Yang pasti kita
boleh buat pilihan untuk memanggang dada ayam (140 kalori)
berbanding dengan menggoreng dada ayam tersebut (300 kalori).
Anda mampu mengurangkan kira-kira 120 kalori.

25.Pilih Roti Naan Kosong
Secara amnya roti naan adalah sumber karbohidrat yang baik.
Roti naan cukup terkenal di Malaysia dan India. Ia mengandungi
kira-kira 200-300 kalori. Jika anda gemarkan roti naan (200-300
kalori), elakkan dari roti naan “butter” (300-400 kalori) kerana
kandungan kalorinya dipenuhi dengan lemak.

So thats all the tips... Obviously dengan pemakaian Premium Beautiful dan consume Set Kurus sangat membantu.. Oh ya jangan lupa follow #gengdiettdc in Instagram ya.. Till then thanks for reading..

Loves,
Faeza Zainudin











Comments

Popular Posts