Tip Pengambilan Kalori Mudah - Part 1

Assalamualaikum.....

Sekarang ini sedang sibuk berdiet sebab mula timbul perasaan perlu gaya hidup sihat disebabkan terlalu banyak penyakit berbahaya menyerang penduduk di Malaysia. Selain memakai Premium Beautiful Corset dan amalkan Set Kurus kitaorang ada kumpulan sokongan... serius jer bunyi..hehe uolss boleh follow #gengdiettdc di Instagram.

So today nak share 13 tips kalori mudah untuk kita follow especially those begginers. Sebenarnya ada 25 tips but for a start I'll share 13 tips dulu k.. So uolls kena follow my blog for another balance of 15 tips.. Anyway Credit to Kevin Zahri our very own Malaysian Fitness Advisor for the tips.. Insyaallah uolls sangat mudah...



1.Ganti Nasi Lemak Dengan Nasi Putih
Dengan cara ini boleh mengurangkan sebahagian besar pengambilan
kalori anda untuk setahun. Nasi lemak mengandungi
kalori yang tinggi terutamanya dari santan. Kebiasaanya nasi lemak
mengandungi 340 kalori berbanding nasi putih yang hanya
150 kalori. Sebagai pilihan, minta makcik (penjual) untuk tukar
nasi lemak anda kepada nasi putih.

2.Minum Air Kosong
Minuman berasaskan gula memang diminati ramai. Secara
purata 2 – 4 gelas diambil sehari bagi jus oren, kopi, minuman
berkarbonat dan banyak lagi. Kesemua minuman ini mengandungi
kadar gula yang tinggi. Air kosong pula tiada kalori. Apa
kata jika anda gantikan separuh minuman dengan air kosong,
secara tidak langsung anda juga boleh mengurangkan kira-kira
300 kalori sehari.

3.Minum Separuh Minuman
Baiklah, secara jujur, air kosong memamg tidak menarik. Anda
tentu mempunyai minuman kegemaran yang buatkan kita gembira
dan seronokkan. Tapi perlukah anda habiskan kesemuanya?
Rasanya tidak. Nikmatilah separuh dari minuman anda dan
pesan satu lagi gelas air kosong untuk hilangkan dahaga. Cara ini
boleh menjimatkan lebih kurang 60 kalori sekali minum.

4.Nasi Separuh
Jangan sesekali menyalahkan nasi tetapi lihatlah jumlah yang
kita ambil. Jumlah yang disyorkan ialah satu genggam tangan
anda (yup, satu genggaman sahaja). Jadi lupakanlah hidangan
biasa di kedai mamak (300 kalori) dan minta nasi separuh(150
kalori). Kalau makan nasi 2x sehari, boleh jimat lebih kurang
14kg. Hebat tu.


5.Ambil Dada Ayam Tanpa Kulit
Saya memang menggemari ayam goreng. Memang syok tetapi
saya tidaklah memilih bahagian yang “bahaya” (seperti peha
& kepak). Sebaliknya saya memilih bahagian dada ayam tanpa
atau kurang kulitnya. Walaupun jumlah kalori bergantung kepada
resepi tetapi secara amnya anda boleh menjimatkan kirakira
50 kalori untuk satu hidangan… dan dalam pada masa yang
sama anda dibekalkan dengan lebih protin.

6.Kurangkan Telur Kuning
Telur ayam memang baik untuk kesihatan. Telur putih (20 kalori)
membekalkan keperluan protin manakala telur kuning pula lebih
digemari kerana rasanya yang lebih enak. Malangnya rasa yang
enak itu datangnya dari lemak (80 kalori). Kalau boleh, kurangkan
pengambilan telur kuning apabila memasah telur dadar,
telur rebus dan lain-lain.

7.Susu Rendah Lemak
Dalam hidangan seharian kita, kita pasti gunakan susu atau
produk tenusu untuk minuman, pencuci mulut dan lain-lain.
Dari susu penuh krim ke susu skim, pelbagai pilihan menanti.
Tapi cuba pilih susu lemak rendah (110 kalori segelas) berbanding
susu penuh krim (160 kalori segelas). Dan lagi baik sekiranya
pasaraya anda membekalkan susu skim.

8.Bila Anda Ke Starbucks...
Adakah anda penggemar setia kepada “mocha”, “latte” atau
“mochacino”? Tidak dinafikan kelazatan minuman tersebut
tetapi kandungan kalorinya amatlah tinggi berbanding kopi
biasa yang dicampurkan dengan susu lemak rendah tanpa gula
(20 kalori). Malah kopi tanpa gula dan susu pula 0 kalori. Bandingkan
dengan “cafĂ© mocha” yang dipenuhi 200 kalori.

9.Coke vs Diet Coke vs Softdrinks
Jelas sekali betapa tinggi kalori minuman diatas. Satu tin biasanya
mengandungi kira-kira 150 kalori – semuanya dari gula.
Tapi “diet coke” hanya mengandungi gula tiruan. Jadi ia tidak
mengandgungi apa jua kalori. Pada awalnya mungkin anda akan
terasa sedikit kelainannya tetapi cubaan pertama anda akan
membuatkan anda inginkan lagi… :)

10.Kurangkan Satu Sudu Kecil Minyak
Anda boleh lakukan perbandingan kalori didalam lemak
(9gram) kepada karbohidrat (4 gram) dan protin (4gram). Lemak
memang yang terbesar jumlah kalori segram. 1 sudu besar
(15gram) minyak (semua jenis minyak) mengandungi 135 kalori.
Jadi jika anda boleh kurangkan 1 sudu besar minyak dalam masakan
harian, anda telah mengambil tindakan yang sangat bijak.

11.Nikmati Sebahagian Pencuci Mulut
Pencuci mulut sememangnya menyelerakan dan saya tidak akan
menyuruh anda untuk menolaknya. Cuma ambil separuh bahagian
sahaja. Jika anda biasa ambil 2 skop ais krim(300 kalori), tukar
kepada 1 skop(150 kalori) atau mungkin anda ingin membeli
100g ‘gummy bear’ (400 kalori) ubah kepada 50g(200 kalori).
Apa yang penting ialah keseimbangan dan kesederhanaan.

12.Popcorn? Pilih Tanpa Karamel.
Menonton wayang tanpa ‘popcorn’ adalah seperti … anda
faham maksudnya. Itulah kebiasaan yang kita lakukan tetapi
boleh mengubah dari karamel (600 kalori utk satu bekas biasa)
kepada tanpa karamel (350 kalori). Kalori tinggi ini hasil dari
karamel dan membangkitkan keenakkan ‘popcorn’. Tapi hakikatnya,
ia memang menggemukkan.

13.Jus Buah - Jangan Tambah Gula
Buah adalah adalah baik utk kita. Gula dalam buah ini adakah
lebih baik tetapi jus buah yang dijual dipasaraya dan restoran
kebiasaanya mengandungi gula tambahan yang tidak diperlukan.
Plih minuman tanpa gula tambahan atau pesan minuman
anda tidak di tambah gula. Cara ini mampu menjimatkan kirakira
15g gula atau 60 kalori untuk satu gelas.

So macam mana? Mudahkan? Uolls cuba this 13 tips dulu.. Next boleh cuba lagi 15 tips in my next entry... Stay Tune!



Loves,
Faeza Zainudin








Comments

Popular Posts