JTX 1000 Gold Motor Oil

Assalamualaikum...

Selalu asyik cerita tentang kecantikkan so today nak share entry lain pulak. Tentang JTX 1000 Gold Motor Oil. Kenapa penting nak share tentang minyak enjin JTX 1000 Gold Motor Oil ni? Sebabnya harga kereta yang kita beli bukannya murah dipasaran so kita perlu jaga enjinnya macam mana kita jaga kesihatan diri kita betul tak?


Ok make it short... Antara ciri-ciri istimewa JTX 1000 Gold Motor Oil ialah..

Memberikan kuasa dan prestasi optimum dalam semua keadaan pemanduan walaupun dalam keadaan yang ekstrim

Memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh

Memberikan perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksidasi yang lebih baik

Pengubahsuai geseran yang lebih maju untuk penjimatan minyak dan prestasi yang lebih baik

Pelincir berkualiti tinggi yang menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar

Menepati ataupun melampaui API SN/CF

Apakah perbezaan JTX 1000 Motor Oil dengan pelincir enjin yang lain? JTX 1000 Motor Oil  menggunakan teknologi tribologi. 



Apakah tribologi?

Pengenalan

Tribologi merupakan sains permukaan-permukaan yang berhubung didalam satu pergerakan relatif. Ia menekankan tentang kajian berkaitan dengan geseran, kehausan, pelinciran dan mekanik sentuhan.

Perkataan tribologi ini adalah berdasarkan perkataan Greek iaitu tirbos yang memberikan maksud meluncur. Diawal sejarah manusia pengetahuan berkaitan geseran dan kehausan adalah amat menarik sekali. Terdapat beberapa penemuan dan bukti menunjukan pada seawal tamadun timur tengah, beberapa peranti trobologi telah dibangunkan antaranya seperti roda kayu, ensel pintu dan roda-roda pembawa. Penghantaran blok-blok bangunan yang besar dan monument-monumen ini memerlukan pengetahuan yang baik didalam penggunaan peranti ini didalam usaha untuk mengurangkan geseran. Antaranya ialah seperti penggunaan pelincir yang berasaskan bendalir.

It was the renaissance engineer-artist, Leonardo da Vinci (1452-1519), celebrated in his day for his genius in military construction as well as for his painting and sculpture, who discovered that the tangential force of friction between moving solid bodies is proportional to the normal force.

Geseran

Daya yang dikenali sebagai geseran ini merupakan satu halangan yang wujud apabila satu badan bergerak secara relatif pada anggota badan yang lain dengan dimana ia berada didalam keadaan sentuhan. Kadar daya geseran F pada daya normal W ini memberikan apa yang dinamakan pekali geseran.

Kebiasaannya geseran yang tinggi tidak diperlukan, walaubagaimanapun didalam sesetengah sistem seperti sistem brek ia amat penting dan dikehendaki. Ia juga sangat berguna seperti penggunaan di tayar kereta untuk tujuan mencengkam dengan baik dijalanraya dan geseran juga sangat berguna ketika kita sedang berjalan kaki dengan menggunakan kasut diatas jalan ketika berjalan. Tetapi bagi sesetengah keadaan yang lain pula, geseran merupakan satu kebinasaaan dimana ia boleh menjejaskan kecekapan dan juga mengurangkan jangkahayat sesuatu benda. Jadi amatlah penting untuk kita mengurangkan geseran ini. Bagi mengurangkan geseran, dan juga kehausan, bahan yang dinamakan pelinciran digunakan.

Kehausan

Kehausan adalah sejumlah jisim bahan, yang di keluarkan atau dialihkan dari anggota badan apabila tegasan secara berterusan dikenakan ketika terdapatnya hubungan mekanikal yang berlaku dengan anggota-anggota ataupun badan-badan yang lain. Didalam banyak keadaan kehausan tidak diperlukan, dimana ia akan menyebabkan kepada peningkatan kelegaan diantara dua komponen-komponen yang bergerak, dimana seterusnya akan meningkatkan bebanan mekanikal dan berlakunya kegagalan lesu. Didalam proses-proses mengisar dan mengilat, walaubagaimanapun, kadar kehausan yang tinggi diperlukan dan sejumlah kecil kehausan biasanya diterima didalam menjalankan operasi bagi sesetengah jenis mesin. Kehausan biasanya dibahagikan kepada dua jenis; iaitu kehausan Melekit (adhesive wear) dan gosokan kehausan (abrasive wear).

Kehausan Melekit

Apabila permukaan satu komponen bergerak antara satu dengan lain, dan kekasaran-kekasaran sentuhan melekat dan seterusnya membentuk kimpalan. Puncak atau hujung-hujung kekasaran yang lembut ini akan terkeluar meninggalkan anggotanya dan melekat pada permukaan yang keras. Puncak-puncak ini seterusnya menjadi tidak lekat dan ini mewujudkan peningkatan hablur-hablur kehausan atau kepingan kecil diantara dua permukaan yang bersentuhan dan ebrgerak ini dan seterusnya menyebabkan kehausan secara gosokan.

Kehuasan Gosokan

Kerosakan pada permukaan komponen boleh disebabkan oleh keadaan kekasaran-kekasaran keras pada permukaan sentuhan yang berlawanan atau hablur-hablur yang keras, yang mendesak dan melunsur sepanjang permukaan. Pembentukan ini dikenali sebagai dua anggota dan kemudiannya dikenali sebagai tiga anggota gosokan kehausan. Jenis kehausan yang lain melibatkan hablur keras adalah kehausan kakisan. Kehausan ini merupakan satu proses menghilangkan lapisan anggota badan dengan mengenakan satu sentuhan keras dengan hablur keras, yang kebiasaannya berlaku pada halaju tinggi pada permukaan-permukaan komponen.


Gosokan dua anggota Gosokan tiga anggota Kakisan

Pelinciran

Sebahagian daripada merekabentuk kejuruteraan ialah mempertimbangkan apakah yang berlaku pada bahagian yang menghubungkan dua permukaan komponen yang bersentuhan. Apabila permukaan satu komponen bergerak diatas komponen yang lain, selalunya akan terdapat daya geseran yang menghalangnya. Sekiranya permukaan didalam kedudukan yang sangat rapat makan puncak permukaan yang kasar (dikenali kekasaran) akan berhubung, ini meningkatkan geseran, dan menyebabkan kerosakan pada permukaan.

Kegunaan utama pelinciran ialah untuk memisahkan permukaan-permukaan yang bersentuahan ini dan seterusnya mengurangkan geseran dan kehausan. Dan ia juga bertindak sebagai bahan penyejuk atau melindungi daripada hakisan.

Mekanik Sentuhan

Kejuruteraan pemesinan bergantung kepada integriti komponen-komponen dengan permukaan-permukaan yang saling berhubungan seperti gear-gear, galas dan aci-aci. Beban kebiasaannya dibantu pada kawasan permukaan kecil komponen. Oleh yang demikian, tekanan dan tegasan pada bahagian yang bersentuhan selalunya tinggi. Jurutera-jurutera perlu untuk merekabentuk komponen-komponen untuk memastikan ia dapat menampung bahagian sentuhan yang bertegasan tinggi ini. Tegasan sentuhan yang berlebihan atau perubahan akan menjuruskan kepada kegagalan pada komponen-komponen oleh;-

Lebihan beban-komponen-komponen akan alah atau rapuh oleh lebihan beban.

• Kehausan – bahan di keluarkan dari permukaan oleh gosokan atau kimpalan yang berlaku pada permukaan.

• Lesuan Sentuhan bergolek – tegasan sentuhan berkitar boleh menyebabkan retak lesu permulaan.

• Kerosakan secara mendadak – permukaan komponen dibawah sentuhan bertegasan tinggi.

• Hilang ruang kelegaan – oleh perubahan bentuk yang berlebihan pada komponen-komponen

Permukaan yang bersentuhan didalam mesin kebiasaannya dilincirkan. Ini dapat mengurangkan sentuhan secara lansung diantara permukaan dan mengurangkan kehausan dan kerosakan mendadak. Analisa permukaan yang bersentuhan amat rumit. Satu geometri komponen boleh dianalisa dengan menggunakan pengiraan secara manual. Walaubagaimanapun, bagi analisa yang lebih kompleks bentuknya, kebiasaannya ia memerlukan kaedah numerical untuk menyelesaikannya.

Pelinciran Galas

Pelinciran yang sempurna adalah perlu dan merupakan asas bagai mana-mana galas untuk menjalankan tugas dengan baik dan is perlu juga dipertimbangkan pemilihan pelinciran yang bersesuauian, jumlah pelincir yang hendak digunakan dan penggunaan yang betul pada galas. Terdapat tiga fungsi asas pelinciran seperti dibawah;-

· Memisahkan permukaan yang bertemu dan mengurangkan geseran
· Memindahkan haba (dengan minyak pelinciran)
· Untuk melindingi daripada hakisan dan pelinciran gris daripada kemasukan ktotoran.

Pelinciran Secara Elastohidrodunamik

Pembentukan filem pelinciran diantara dua permukaan galas yang bertemu dipanggil mekanisma pelinciran elastohidrodinamik (EHD). Dua pertimbangan utama didalam pelinciran EHD ialah;-

· Perubahan bentuk elastic anggota-anggota yang bersentuhan didalam keadaan beban.
· Kesan-kesan hidrodinamik memaksa filem pelinciran untuk memisahkan permukaan yang bertemu sementara tekanan membentukannya.


So sekarang bila kita dah faham kita mesti nak jaga enjin kereta kitakan? So kalau nak order boleh contact me 0197707575 or my hubby Pete 0137427425 nak email pun boleh to faezazainudin@yahoo.com.

Loves,
Faeza Zainudin

Comments

  1. Pengakuan tulus dari saya sendiri IBU RUSDIANA.saya mau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,serta penghargaan dan rasa kagum yang setinggi-tingginya kepada KI KANJENG DEMANG,saya kerja sebagai PEMBATU HONGKONG selama 7 tahun di HONGKONG ,dengan gaji lebih kurang 2.jt /bln,tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,apalagi setiap bulan harus mengirim uang dikeluarga di jawa barat, sudah lama saya mengetahui roomnya ini, juga sudah lama mendengar nama besar AKI, tapi saya termasuk orang yang tidak terlalu percaya dengan hal seperti itu, jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng tetapi kemarin waktu pengeluaran, saya coba2 pasang angka 6D benar2 tidak percaya dan hampir pingsang,angka yang di berikan KI KANJENG DEMANG ternyata tembus, awalnya saya coba2 menelpon, saya bilang saya terlantar di HONGKONG, tidak ada ongkos pulang,terus beliau mebantu kasih angka 6D, lansung saya disuruh mendaptar jadi member mulanya saya tidak percaya, mungkin angka ini keluar, tapi dengan penuh pengharapan saya pasangin kali 100 lembar, sisa gaji bulan ternyata tembus….!!!sekali lagi terima kasih banyak KI KANJENG DEMANG, saya sudah kapok kerja jadi pembantu,rencana minggu depan mau pulang aja ke jawa barat,,buat AKI,saya tidak akan lupa bantuan dan budi baik AKI. yng berminak ingin minta angka goib silakan hubungi KI KANJENG DEMANG Di Nomr ini 081-234-666-039 terima kasih....????>>>ATAU KLIK DISINI

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts