Premium Beautiful: Why Lactolite is Important




Apa yang berlaku di dalam perut manusia ?

Organ-organ dalam sistem pencernaan badan manusia mengandungi sebahagian besar lingkungan perut manusia. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut, usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses. Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. Contoh bahagian-bahagian sel badan yang memerlukan ekstrak zat-zat makanan:

1. Bahagian sel yang sedang membesar seperti otot-otot badan
2. Bahagian sel yang sedang bertumbuh seperti rambut yang sedang memanjang
3. Bahagian sel yang sedang memanjang seperti tulang-tulang kaki atau tangan
4. Bahagian sel yang sedang digantikan seperti kuku yang telah dipotong

Penukaran makanan kepada tinja

Selepas itu barulah hampas ( bakinya ) yang tidak digunakan atau diproses akan dihantar ke usus besar untuk diproses menjadi bahan buangan yang akhirnya akan disingkir keluar sebagai tinja ( najis ) melalui proses penyahtinjaan.

Makanan tercemar merosakkan sistem pencernaan

Kebanyakan bahan makanan dan minuman sekarang telah dicampur bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna dll yang menjejaskan keaslian bahan asal makanan atau minuman itu sendiri. Jika bahan pengawet digunakan untuk mengekalkan keadaan baru makanan atau minuman itu daripada rosak ( basi ), tentunya ia akan menjejaskan kebolehan sistem badan manusia untuk mencernakannya. Tambahan pula kini lebih banyak makanan dan minuman yang telah tercemar semasa disediakan seperti asap rokok, asap kenderaan, debu-debu dari jalan, habuk yang berterbangan di udara, losyen tangan, air klorin dll. Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, sakit jantung dll.

Kesan buruk akibat pencernaan tidak sempurna

Proses penyahtinjaan ( penyingkiran bahan buangan ) yang sempurna akan mengeluarkan toksid ( toksin / racun ) dari dalam badan manusia. Tetapi jika proses ini terganggu, ianya akan menjejaskan kestabilan sistem badan seperti :
- mengurangkan daya imunisasi badan
- kekembungan, perut berangin
- mempercepatkan penuaan
- sakit dada, sesak nafas
- serangan angin ahmar
- mulut & nafas berbau
- buah pinggang mengecil
- masalah kulit

Usus kotor boleh menyebabkan kanser ( barah ) ?
Implikasi yang paling serius adalah usus akan kekurangan oksigen akibat dihadang oleh sisa-sisa kotoran yang telah menjadi pejal dan mendap pada dinding usus. Mengikut kajian yang dijalankan, individu dewasa yang normal akan mengumpulkan sejumlah 6 kilogram sisa pepejal ini sejak kecil jika tidak mengamalkan pemakanan yang betul atau memakan bahan yang mengandungi bahan kimia. Sel-sel usus akan menjadi lemah dan dalam banyak kes telah menyebabkan barah perut.

Oleh itu, usus manusia perlu dicuci dan dibersihkan dengan sempurna mengikut kaedah yang betul menggunakan sumber semulajadi yang tidak akan memberi kesan sampingan jangka panjang kecuali tindakbalas sementara semasa penyesuaian sahaja.




Kalau kita tengok pada kotak lactolite, dia ada tulis yogurt dan kultur hidup. Nama lain untuk kultur hidup ini ialah probiotik. Apa yang bagusnya probiotik ? Saya cadangkan anda baca di sini. Mari kita lihat beberapa kebaikan probiotik berdasarkan kajian.

1) Meringankan dan mengurangkan gejala alahan laktosa(susu)
- Enzim laktase menukarkan laktosa(dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa untuk
tubuh kita.
- laktosa yang tak dihadam boleh menyebabkan cirit birit, senak perut, kembung perut dan sakit
abdomen.

2) Meningkatkan penghadaman

3) Meningkatkan penyerapan mineral
- mineral penting seperti kalsium, magnesium, dan fosforus di dalam badan

4) Menghasilkan vitamin
-membantu menghasilkan vitamin C dan beberapa vitamin B

5)Mengelakan gejala cirit-birit
-melegakan dan memendekan tempoh kekerapan cirit-birit

6) Menguatkan sistem ketahanan badan
- sifat anti kolonial kepada bakteria yang memudaratkan.
-menghalang penghasilan bahan toksik.

Selain probiotik,vitamin dan mineral juga perlu untuk badan kita supaya mencapai kesihatan yang optimum. Nanti kita sambung lagi tentang pengambilan suplemen.

For more detail pls do contact me...

Regards,
Faeza Zainudin
H/p : 019-770 7575
Email: faezazainudin@yahoo.com


- Posted using BlogPress from my iPad

Comments

Popular Posts